Powered By Blogger

Isnin, 5 September 2011

meh tutup aurat

KeNaPa PeRLu TuTup AuRaT?


1. Kerana kita adalah ciptaan Allah yang sempurna. 

Sebagai khalifah di muka bumi ini dan bukannya taraf seperti binatang yang memang tidak memakai baju....
2. Kerana kita perlu melindungi tubuh kita dari dipandang oleh kaum lelaki. 

Ada orang kata tubuh kita yang sempurna perlu dihayati dengan mempamerkannya. Tetapi sedarkah meraka pameran tersebut perlu kepada yang hak saja iaitu suami mereka. Pameran tersebut benar-benar menunjukkan bahawa mereka tidak malu dan tidak segan silu. Nabi s.a.w pernah berkata bahawa apabila wanita itu tidak tahu malu, itu tanda-tanda akhir zaman...

3. Kerana kita ada maruah, hormat dan sayang pada diri sendiri. 

Cuba kalau kita lihat orang yang gila yang mana akal meraka tidak berfikiran waras. Adakah mereka mampu untuk menyayangi diri mereka dan rasa malu...tidak mampu mereka lakukan kerana mereka sudah gila.... Jadi, adakah kita sudah gila apabila kita tidak sayang pada diri sendiri dgn sanggup merendahkan diri sendiri dengan menjadi pameran kepada orang-orang yang bukan muhrim kita?

4. Kerana kita tahu apa yang lelaki fikir jika kita berpakaian seksi.

Sudah tahu bertanya pula.... memang dasar lelaki tak tahan melihat wanita. Tapi apakan daya bila ada wanita lagi suka bila lelaki katakan pada dia yang dia cantik, sexy dan bergaya. Memang wanita sukakan pujian tapi sedarkah dia bahawa pujian itu hanya patut diluahkan oleh suami, bukan lelaki buaya darat. Bangga hingga lupa diri. Nauzubillah.... Bukakanlah hati mu, lihatlah alam ciptaan Allah. Adakah kita mampu menjadi ahli syurga? wallahualam...

Diri kita sendiri yang menentukan harga maruah diri kita. Adakah diri kita murah ataupun mahal? Fikir2lah...
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).
Kenapa?? Kerana :
1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.
muslimah
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk “mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.
MUSLIMAH SEJATI
be a true muslimah
Renungan:
Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian “haram” yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah.
WALLAHU‘ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan